Semalam saya ditanya:
Guru: Sebelum ni saya ajar pelajar nama-nama huruf a, b, c ( ei, bi, si ).
Esok saya nak mula kaedah fonik – nak ajar bunyi.
Macamana ye, mereka dah tahu abc.
Cadangan saya sekiranya sudah mengenal abc tetapi masih belum pandai membaca:
1. Cikgu KEEP COOL ya.
2. Maklum kepada pelajar sebelum mula kelas esok,
” Murid-murid, mula hari ni cikgu nak ajar kamu bunyi huruf. Kita akan simpan dulu abc dalam bag “.
3. Semasa belajar, apabila pelajar sebut nama huruf , cikgu buat tak tau saja.
Beritahu pelajar, “Sebut bunyi, ” sambil senyum manis.
4. Sentiasa PUJI apabila pelajar menyebut bunyi.
Cadangan saya sekiranya sudah mengenal abc dan membaca dengan membatang perkataan sambil mengeja,
1. Praktikkan semua tips di atas.
2. Beri peluang mereka mengeja fonik dahulu untuk tempoh seminggu dua.
Benarkan mereka membatang perkataan dengan menyebut bunyi.
Sebagai contoh :
/b/ beh, /a/ aa, ba,
/j/ jeh, /u/ uu, ju,
Baju
3. Dalam tempoh penyesuaian ini, guru mesti perbanyakkan aktiviti menggabung bunyi secara praktikal menggunakan kad-kad huruf dan menulis( bagi pelajar yang baik kemahiran motor halusnya.)
Guru demo konsep kad bergerak untuk melatih pelajar membaca dengan menggabung bunyi.
Lakukan aktiviti praktikal Lihat dan Buat dan Dengar dan Buat dengan pelajar.
Aktiviti sensori ini akan membantu pelajar memahami konsep membaca dengan menggabung bunyi dengan cepat dan mudah.
4. Setelah mereka agak MAHIR menyebut dan mengeja bunyi, beritahu mereka,
” Cikgu tengok kamu dah pandai menyebut bunyi. Sekarang gabung saja bunyi dan baca terus.
5. Beri GANJARAN untuk setiap usaha yang positif.
Jom fonik dengan Bacalah Anakku!
Menarik juga ya..bukan stakat guru..ibu bapa pun boleh practikkan agar mudah anak2 kecik mengeja dan membaca. Terima kasih atas perkongsian pn eliani
Sesama Pn nurirma suriani.
Anak saya 5tahun..guru di sek dia selalu mengadu dgn sy anak saya tidak mengenal huruf..sy jd risau..dia blh baca a-z tp huruf xsampai separuh dr abc tu yg dia kenal..dgn cara ni blh ke mengubah anak saya..
Anak sya umor 3 thn dh kenal huruf..kalau sya nak start ajar fonic sound die leh confius ke ae..?
Anak sya umor 3 thn dh kenal huruf..kalau sya nak start ajar fonic sound die leh confius ke ae..?