• Saya kurang faham pasal fonik/fonetik.
  • Kaedah ini hanya sesuai untuk budak pandai .
  • Tak boleh guna untuk mengajar 1 kelas.Hanya sesuai untuk ajar individu.
  • Nanti pelajar tak tahu abc.
  • Pelajar tak pandai mengeja bila guna fonik.
  • Pelajar tak pandai menulis bila guna fonik.
  • Perlu bantuan ibubapa untuk pelajar berjaya.
  • Penilaian sekolah/Kementerian Pelajaran tak serasi dengan fonik.

Saya Kurang Faham Pasal Fonik
Betulla kalau tak tahu, tak jelas, tak berapa faham, macamana nak guna Kaedah Fonik Gabungbunyi Bacalah Anakku? Untuk atasi masalah ini mudah saja:


1. Ikuti kursus Intensif Bacalah Anakku.
Lawat www.Readnetwork.com untuk jadual kursus terkini atau hubungi kami untuk mengadakan kursus di sekolah/institusi anda.
Kami akan ajar cara sebut bunyi & teknik mengajar yang multisensonsory. Peserta kursus juga berpeluang melakukan aktiviti practical teaching untuk dapat the real FEEL !

2. Baca Buku Panduan & tengok VCD Panduan Mengajar yang diberikan percuma bersama set Bacalah Anakku. So boleh jimat duit tak payah attend kursus.

3. Baca post di Blog www.cepatmembaca.blogspot.com


4. Berbincang dengan pengguna-pengguna
Bacalah Anakku. Setelah 13 tahun di pasaran, saya yakin tak susah nak cari orang untuk cerita pasal Bacalah Anakku.

Hanya Sesuai Untuk Pelajar Pandai.
Alasan ini tak valid sebab pelajar perlu tahu 30 bunyi & 30 huruf/simbol sahaja sekira mengguna Bacalah Anakku. Tidak perlu hafal abjad(26 huruf) & beratus pola sukukata(lebih daripada 500 pola) sebagaimana dalam Kaedah Mengeja / Tradisional / Sukukata / Gabungbunyi kata.

Kaedah Fonik Gabungbunyi Bacalah Anakku mengajar anak mengenal bunyi & simbol a b c d e e f g h i j k l m n o p q r s t u v w y z ng ny sy kh sambil dilatih untuk menggabung bunyi menjadi sukukata, seterusnya perkataan.

Saya rasa semua pandai simple mathematics,
30 Vs 500+
yang mana lebih mudah?Yang mana lebih membebankan memori?

Jelas Kaedah Fonik Gabungbunyi Bacalah Anakku adalah kaedah mengajar membaca yang paling mudah berbanding dengan kaedah lain. Lebih-lebih lagi untuk pelajar-pelajar lemah.

Jom buka minda dan beri pelung untuk anak/pelajar anda membaca awal dengan Bacalah Anakku!


Similar Posts

6 Comments

  1. Salam sejahtera puan Nik Eliani, saya telah membeli buku Bacalah Anakku dan mula mengajar anak sulung yg berusia 4th 8 bulan. Buku ini sangat bagus dan anak saya mudah membaca menggunakan kaedah fonik. Walaupun menggunakan kaedah ini, saya dapati anak saya tiada masalah dalam mengenal huruf. Malah dia boleh kenal huruf kecil dan huruf besar dengan cepat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *