Hari ini ada ibu bertanya samada anaknya akan keliru sekiranya dia mengajar membaca Kaedah Fonik Bacalah Anakku di RUMAH tetapi di TADIKA anaknya diajar dengan kaedah mengeja atau suku kata.

Cikgu Nik menjawab:
1. Ya anak akan keliru sekiranya dia telah diajar membaca dengan mengeja-ngeja. Walau bagaimanapun tahap kekeliruan bergantung kepada sejauh mana dia telah diajar mengeja
Kalau anak sekadar tahu sebut abcd sehingga z sahaja, masih senang dipulihkan.
Bagitahu anak, “Ibu nak ajar kakak baca dengan sebut bunyi saje”.
Seterusnya ajarlah anak menggunakan Kaedah Fonik Bacalah Anakku  mengikut susunan buku. Elak perbesarkan atau marah-marah anak sekiranya dia masih termengeja. 
Sambil senyum katakan, “Ibu nak kakak sebut bunyi saja.”
2. Sekiranya anak anda ‘pengeja tegar‘, anda kena cukup cool bila mengajar. Oleh sebab anak sudah terbiasa mengeja, beri peluang anak mengeja bunyi pada peringkat awal (Buku 1 &  2). 
Sebagai contoh latih anak untuk membaca perkataan ‘ana’ dengan mengeja bunyi sebegini, /aa – nn – aa/, /ana/, atau perkataan ‘mana’, /mm-aa, ma,nn-aa, na/, /mana/.
3. Apabila anak sudah agak selesa mengeja bunyi, bagitaunya, “Tak payah mengeja, gabung saja bunyi.” Anda perlu modelkan kepada anak.
Yang paling penting untuk anda lakukan adalah mengamalkan Latihan Asas Gabung bunyi menggunakan kad. Anda juga perlu melakukan aktiviti Lihat dan Buat dan Dengar dan Buat dengan anak anda.
4. Sekiranya anak anda belajar membaca di tadika dengan menghafal suku kata ba bi bu be bo sehingga za zi zu ze ze zo, kemudian ban bin bun ben ben bon (2000 pola semuanya ya), proses ‘convert’ lebih mudah sedikit kerana dia tidak mengeja-ngeja. Ikut sahaja candangan 1, 5 dan 6.
5. Apabila menggunakan kaedah fonik Bacalah Anakku, amalkan Latihan Asas Gabung bunyi menggunakan kad, Lihat dan Buat dan Dengar dan Buat.  Jangan sekali-sekali tertinggal langkah pengajaran ini kerana ia adalah aktiviti sensori.
Teknik-teknik ini dikongsi secara praktikal di dalam kursus kami dan juga di dalam Buku Permainan Kreatif.
Latihan Asas Gabung Bunyi

 Lihat dan Buat, Dengar dan Buat
Sekiranya anda tekal menggunakan teknik ini, anak akan faham bahawa membaca adalah dengan menggabung bunyi dan sekali gus anda memberinya kemahiran untuk mendekod (decode) perkataan.
6. Gabung jalinkan aktiviti menulis pada setiap tahap pembelajaran.
Sepanjang 20 tahun saya mengajar kanak-kanak ‘mengeja’ membaca, ada yang dapat di ‘convert’ dalam  1 hingga 3 bulan. Walau bagaimanapun mengajar kanak-kanak yang masih belum tahu mengeja membaca adalah JAUH LEBIH MUDAH dan CEPAT. Betul kata Dr Diane McGuiness, “Teaching your child abc is the first ROADBLOCK to reading”.

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *