Apabila kanak-kanak diajar membaca dengan KAEDAH yang MUDAH ( Kaedah Fonik Gabung Bunyi ye) untuk mereka membaca, mengeja dan menulis, mereka akan dapat meluahkan idea ke atas kertas dengan lebih senang. Tak payah nak fikir nak tulis huruf macamana. Tak payah nak fikir nak eja perkataan macamana. Mereka dapat menumpukan sepenuh perhatian kepada penceritaan mereka. Mereka dapat menumpu perhatian sepenuh kepada pembelajaran mereka. Tak hairanlah kajian membuktikan anak yang PANDAI MENULIS di peringkat pra sekolah, cemerlang akademik di peringkat sekolah rendah.
Ibu bapa di rumah boleh membantu anak dengan:
1. menyediakan ‘SUDUT MENULIS’ atau ‘WRITING WALL’ di rumah. Pastikan pelbagai alat tulis, kertas, stickers dan cop hiasan BERHAMPIRAN sudut menulis untuk menggalakkan dia menulis.
Tampal poster SEBUT BUNYI untuk senang merujuk bagaimana setiap huruf ditulis.
2. Make WRITING IMPORTANT.
Ibu bapa mesti menunjukkan contoh teladan menulis kepada anak-anak. Let them see you writing. Write love notes to them. Write advice to them. Write reminders to them.
Sediakan peti surat khas untuk anak ( sila guna huruf kecil untuk tulisan. Huruf besar hanya untuk permulaan ayat dan nama khas).
3. Pamerkan hasil tulisan anak anda.
4. Galakkan anak anda membaca apa yang ditulis.