Sesetengah kanak-kanak kecil perlu banyak latihan dan pengulangan untuk pandai membaca.
Sesetengah kanak-kanak kecil perlu banyak latihan dan pengulangan untuk pandai membaca.
Setelah sekian lama tidak mengadakan kursus di Kuching, akhirnya pada 18 Disember, saya dan suami, berpeluang mengendalikan Kursus Asas Bacalah Anakku & Readeasy di sana hanya kerana kegigihan beberapa orang guru yang diketuai oleh Pn Sharifah Suharni bersusah payah menganjurkan kursus ini. Kami cukup terharu kerana kebanyakan peserta yang terdiri daripada guru pra dan pemulihan…
18 Disember 2013, pertama kali saya dan suami, Tuan Haji Othman, bertemu dengan Cikgu Syameer Irsyan, semasa kami mengendalikan Kursus Asas Bacalah Anakku Readeasy di Kuching. Cikgu Syameer, adalah salah seorang daripada peserta kursus kami. Memang menyerlah personaliti beliau sebagai guru, terutama semasa micro teaching. Hai kalau cikgu hebat, 5 minit pun dah boleh nampak!…
Cara MUDAH untuk kanak-kanak menggabung bunyi dengan PANTAS. Edisi pertama: Sesuai untuk kanak-kanak 6 tahun ke atas kerana saiz huruf yang kecil. Edisi kedua: Sesuai untuk kanak-kanak lebih muda, 4 dan 5 tahun. PASTIKAN anak-anak diajar menggabung bunyi. Bagi ibu bapa dan guru yang belum jelas mengenai membaca dengan menggabung…
SAMBUNGAN Soalan- soalan: 5. Di dalam Kaedah Fonik kanak-kanak tidak diajar nama huruf abc (ei, bi,si). Macamana kalau mereka sudah tahu abc ( ei, bi, si). Jawapan kamek: Tak menjadi masalah besar kalau pelajar tahu sebut dan nyanyi sahaja. Yang menimbulkan masalah kalau sudah diajar membaca perkataan dengan membatang suku kata…
Mengajar membaca dengan menghubungkaitkan bunyi-bunyi kecil ( speech sounds) dengan huruf dan menggabung bunyi-bunyi menjadi perkataan mestilah dijadikan RUTIN penting dalam P & P setiap hari. Kita tidak memerlukan aktiviti yang kompleks untuk tujuan ini. Kekadang aktiviti yang mudah yang dapat dilakukan oleh semua pelajar adalah lebih efektif. Mereka akan lebih yakin dengan kebolehan mereka…
Langkah paling penting setelah mengajar 1 bunyi adalah mengajar GABUNG BUNYI. Objektif mengajar gabung bunyi adalah supaya kanak-kanak faham bahawa: 1. Perkataan yang dituturkan terbina daripada bunyi-bunyi kecil ( words are made up of sounds ). 2. Apa yang ditulis adalah lambang pertuturan. Sebagai contoh perkataan ‘ tangan’ terbina daripada bunyi-bunyi / t – a…