Banyak juga orang bertanya saya kenapa anak yang tamat Bacalah Anakku boleh membaca akhbar dan buku-buku cerita B.Melayu dengan baik dan lancar, tetapi tak dapat membaca buku cerita B.Inggeris dengan baik selepas tamat Readeasy Phonics Beginner Level.
1. Sistem Bunyi Bahasa Melayu agak simple. Semua bunyi diwakili oleh satu simbol kecuali huruf ‘e’ yang ada dua bunyi. Satu bunyi / –>ə / seperti dalam perkataan ’emak’ dan satu lagi bunyi /e/ seperti dalam perkataan ‘ekor’. Di dalam Bahasa Melayu ada 31 bunyi kecil(fonem) sahaja. Dalam
Bacalah Anakku, anak-anak telah di ajar 28 bunyi kecuali bunyi /gh/ dan /q/.
2. Sistem Bunyi Bahasa Inggeris sangat kompleks. Ada 44 bunyi kecil dalam Bahasa Inggeris dan terdapat banyak simbol/ejaan alternatif(spelling alternatives) serta pertindihan kod(code overlaps). Sebagai contoh bunyi /k/ dalam B.Inggeris bole diwakili oleh simbol-simbol ‘c’, ‘k’, ‘ck’, ‘ch’, ‘que’. Huruf ‘a’ pula ada 6 bunyi yang berbeza. Kesemua ‘a’ dalam perkataan-perkataan ini ‘cat’, ‘last’, ‘walk’, ‘table’, ‘again’ dan ‘any’, mewakili bunyi ‘a’ yang berbeza.
3. Tambahan pula 80% daripada perkataan Bahasa Inggeris mengandungi bunyi diftong
/ ɪə/, /eɪ/, /ɔɪ/, /aɪ/, /əʊ/, /eə/, /ʊə/ dan /aʊ/. Setiap diftong ini pula diwakili oleh pelbagai simbol. Bunyi dan pelbagai ejaan diftong ini tidak diajar dalam Readeasy Beginner dan Intermediate tetapi di dalam Advanced Level.
Di dalam Bahasa Melayu hanya terdapat tiga diftong dan beberapa vokal bergandingan dan setiap satu daripadanya diwakili oleh satu simbol ejaan.
Saya cadangkan anak-anak 6 tahun diajar B.Inggeris menggunakan Readeasy Phonics sehingga Intermediate Level atau selewat-lewatnya pada umur 7 tahun. Kemudian ajar mereka Readeasy Advanced Level(akan terbit) yang akan melatih mereka membaca perkataan-perkataan berdiftong,multisyllables dan juga ejaan alernatif bagi beberapa bunyi konsonan yang telah dipelajari.
Impian saya melihat anak-anak prasekolah di Malaysia dapat membaca, mengeja dan menulis BM dengan lancar. Dan apabila menjangkau 8 tahun mereka juga dapat membaca, mengeja dan menulis B.Inggeris dengan baik.
–>
asalamualaikum..Kak NIk
saya tertarik dgn blog akak ni..macam2 dapat info.. salam perkenalan ye kak.. dah follow pun..
tq for info puan