(Sambungan)
Tip 6: 
Dangdut ‘b’ & ‘d’.
Sekiranya anak anda auditory learner(Geng Telinga), beri peluang dia menyebut bunyi ‘b’ dan ‘d’ berulang-ulang mengikut irama mudah.

Ini lirik  ‘b’ mengikut irama ‘Skip To My Lou. 

b b b b b b
b b b b b b
b b b b b b
b b b b b b b 

Ini lirik  ‘d’ mengikut irama  ‘Lompat Si Katak Lompat’.

d d d d d d d
d d d d d d d
d d d d d d
d d d d d d d d

Atau apa saja irama kegemaran anak anda.

Tip 7: 
Mencari Harta Karun.
Berikan majalah atau akhbar lama kepada anak anda. Galakkan anak membulat ‘b’ 
dengan pen merah.

Kemudian galakkan dia membulatkan ‘d’ dengan pen biru.


Jangan lupa pesan kepada anak untuk menyebut bunyi /b/ dan /d/ ketika membulat huruf.Selamat mencuba!

Similar Posts

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *