Anak/Pelajar:

1. Masih tak dapat atau lambat  mengenal dan membezakan bunyi-huruf.
2. Masih menyebut semua bunyi-bunyi dalam perkataan untuk membaca. Sebagai contoh pelajar menyebut /heh, aa, rr, ii/, ‘hari'(Buku 5 Bacalah Anakku). Sepatutnya pada tahap ini, kanak-kanak yang diajar membaca menggunakan teknik gabungbunyi sudah dapat membaca dengan lancar(tanpa menyebut-nyebut bunyi).
3. Mempunyai masalah menyebut bunyi-bunyi dalam perkataan apabila disuruh mengeja secara lisan(low phonemic awareness).
4. Seringkali menulis perkataan yang sama dengan ejaan yang berbeza-beza.
5. Menulis perkataan dengan ejaan yang susah difahami.
6. Seringkali silap menyebut perkataan, sebagai contoh, ‘makanan’ disebut ‘manakan’.
7. Susah nak bagi tumpuan atau mengingat apa yang diberitahu/pelajari secara lisan. Selalu juga mempunyai masalah memahami arahan lisan.
Anak/Pelajar yang mengalami kebanyakan situasi di atas berkemungkinan besar mengalami masalah auditori(auditory processing difficulties).
Apa it AUDITORY PROCESSING DIFFICULTIES(APD)?
Auditory processing adalah istilah yang digunakan untuk menceritakan apa yang berlaku apabila otak menerima dan memproses bunyi-bunyi yang didengari.
Kanak-kanak yang mengalami APD biasanya tidak ada masalah pendengaran(i.e. tak pekak) ataupun tak cerdik tetapi wujud masalah komunikasi di antara otak kiri dan kanan.
Pada kebiasaan, otak kiri akan memproses benda baru yang kita dengar. Kemudian maklumat itu dihantar menyeberangi corpus callosum ke otak kanan untuk penyimpanan kekal(Long term storage) dan kemudahan penggunan semula(easy retrieval). But this doesn’t happen with APD kids.
Why? We don’t know. Saintis belum dapat memberi jawapan. Tetapi di dalam sesetengah kes, kanak-kanak mengalami APD kerana kemalangan dan sawan.
In simple words, some kids have auditory problems for no apparent reasons. 
Kita sebut bunyi /b/, otak kanak-kanak APD tidak memproses bunyi /b/ dengan betul. 
Kita sebut ‘mata’, otak kanak-kanak APD mungkin memproses perkataan ‘mata’ sebagai perkataan lain.
This has nothing to do with hearing. It has to do with brain processing.
So, apa kita boleh buat untuk membantu mereka?
Menurut Occupational Therapists, kita boleh mengatasi masalah auditori ini dengan menggunakan teknik pengajaran otak kanan yang menekankan lebih banyak bahan visual. Di antara penekanan pengajaran-pembelajaran otak kanan adalah:
1. Bahan pengajaran visual (gambar)
2. Berwarna
3. Pelik dan/atau lucu
4. Mengaitkan emosi(menyeronokkan)
So cikgu dan ibubapa do all these if your kids have APD. However, kena ingatlah mana-mana anak yang mengalami masalah pembelajaran spesifik seperti APD memerlukan bimbingan sepanjang. It is not cured overnight.
Bagi kami yang terlibat dengan mengajar anak membaca, menulis, mengeja, susah betul nak explain kat parents sebab anak APD selalunya cerdik macam budak-budak lain. Guess it’s easier to blame teachers and schools instead of working together to better understand and help the kids.

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *