| | |

Jadikan Menulis Mudah….

Apabila kanak-kanak diajar membaca dengan KAEDAH yang MUDAH ( Kaedah Fonik Gabung Bunyi ye) untuk mereka membaca, mengeja dan menulis, mereka akan dapat meluahkan idea ke atas kertas dengan lebih senang. Tak payah nak fikir nak tulis huruf macamana. Tak payah nak fikir nak eja perkataan macamana. Mereka dapat menumpukan sepenuh perhatian kepada penceritaan mereka….

| | |

Senaman Untuk Mudah Menulis

Aktiviti menulis bukanlah mudah untuk kanak-kanak.  Lakukan SENAMAN untuk kanak-kanak mudah menulis: 1. Senaman kuat kan tulang belakang. 2. Senaman kuatkan otot bahu. 3. Senaman kuatkan lengan, tangan dan pergelangan tangan. 4. Senaman kuatkan jari-jemari. 5. Aktiviti koordinasi mata-tangan. Memanjat, menggayut, menghayun akan menguatkan tukang belakang dan membina otot bahagian atas badan, yang amat penting…

| | |

Mana Lebih Penting, Membaca atau Menulis?

Bagi saya membaca dan menulis SAMA PENTING. Apabila kita ajar anak membaca kita seharusnya mengajar menulis pada masa yang sama. Kajian di luar negara oleh Laura Dinehart,  membuktikan kanak-kanak 4 tahun yang MENULIS dengan baik lebih CEMERLANG akademik di SEKOLAH RENDAH nanti. Awal Penulisan 3- 5 tahun: 1. Apabila mengajar anak bunyi huruf, pastikan anda mengajarnya…

| |

BACALAH ANAKKU & READEASY PHONICS = Whole – brain learning

Kanak- kanak mempelajari sesuatu melalui kesemua pancaindera mereka. Sekiranya tangan mereka sibuk, maka minda mereka pun sibuk. Sibuk-sibukkanlah kanak-kanak apabila anda mengajar mereka membaca.        Finger painting ‘m’. Pendekatan ‘whole-brain learning’ di dalam pengajaran Bacalah Anakku & Readeasy: 1. Ajarlah bunyi-bunyi huruf dengan mengaitkan setiap bunyi dengan satu aksi yang relevan ( Rujuk…

| | |

Kursus Intensif Bacalah Anakku, Kuala Lumpur, 23 November

Kursus Bacalah Anakku kali ni ada kelainan kerana kehadiran Adik Mimi, 4 tahun, yang menemani ibunya Puan Siti, menimba ilmu. Puan Siti belum lagi bermula mengajar Adik Mimi membaca. Cukup teruja kami dan juga para peserta melihat Mimi memberi reaksi yang positif kepada aktiviti yang kami buat bersama peserta. Memang terbukti LIVE tips pengajaran yang…

|

SILAP ‘WIRING’?

Ibu bapa mesti bijak memilih cara yang terbaik untuk mengajar anak membaca daripada awal. Cara yang salah akan membawa kepada pendawaian sel otak yang salah ( untuk mempelajari membaca). Hal ini menyebabkan anak susah mendapat kemahiran membaca dan menulis di masa hadapan. Bagi sesetengah anak, pendawaian yang salah ini mengganggunya untuk jangka masa yang panjang….

|

Kajian Saintis Bagaimana Otak Membaca

Telah dibuktikan oleh saintis di Yale University, USA,  bahawa otak membaca dengan memecahkan perkataan kepada bunyi-bunyi. Apabila kita mendekod(decode) perkataan dengan betul, 3 bahagian yang berbeza di dalam otak diaktifkan secara urutan. 1. Apabila mata melihat setiap huruf di dalam perkataan, sebagai contoh perkataan, ‘api’,  a-p-i, bahagian pemproses pengecaman huruf/simbol (letter identification processor) diaktifkan,. 2. Kemudian…

Emel daripada Blogger Terkenal Karipapsayur

Beberapa bulan yang lalu suami saya, terjumpa posting blogger karipapsayur.blogspot.com. Ini ceritanya http://karipapsayur.blogspot.com/2013/03/ajar-anak-membaca-dengan-bacalah-anakku.html Qaiser the smartie! Gambar daripada blog karipapsayur.blogspot.com Cerita ini kami kongsikan di dalam buku kami AJAR ANAK KECIL MEMBACA AWAL. Beberapa hari lepas Puan Nurul Qastalani menghantar emel ini kepada suami saya. Assalam. MasyaAllah. Terima kasih banyak2 Tuan. Lepas tamat buku Bacalah Anakku,…

| | | |

Kursus Asas Bacalah Anakku Readeasy, Shah Alam, 16 November 2013

Lebih kurang 100 peserta hadir untuk kursus asas saya di Perpustakaan Raja Tun Uda, Shah Alam pada 16 November. Kebanyakkan peserta adalah guru tadika, pengasuh taska dan juga ibu bapa (kaum bapa 2 orang… Hehe yang terhebat di Shah Alam). Ini dia booklet kursus ada yang baru… Cantik warna biru. Pendaftaran peserta-peserta Kali ni ada…

| |

Ibu Bertanya, Cikgu Nik Menjawab (2)

Hari ini ada ibu bertanya samada anaknya akan keliru sekiranya dia mengajar membaca Kaedah Fonik Bacalah Anakku di RUMAH tetapi di TADIKA anaknya diajar dengan kaedah mengeja atau suku kata. Cikgu Nik menjawab: 1. Ya anak akan keliru sekiranya dia telah diajar membaca dengan mengeja-ngeja. Walau bagaimanapun tahap kekeliruan bergantung kepada sejauh mana dia telah…