All the best Cikgu Syameer. I hope many others are inspired by what Cikgu Syameer is doing. I DO.
18 Disember 2013, pertama kali saya dan suami, Tuan Haji Othman, bertemu dengan Cikgu Syameer Irsyan, semasa kami mengendalikan Kursus Asas Bacalah Anakku Readeasy di Kuching.
Cikgu Syameer, adalah salah seorang daripada peserta kursus kami. Memang menyerlah personaliti beliau sebagai guru, terutama semasa micro teaching. Hai kalau cikgu hebat, 5 minit pun dah boleh nampak!
Lebih-lebih lagi kalau yang pandai pula bermain kamera.
Inilah di antara foto-foto beliau yang saya suka. Anak-anak muridnya di Mukah.
Tapi yang saya lebih suka cerita-cerita Cikgu Syameer pasal fonik, pasal mengajar membaca.
Sepanjang tahun lepas, on and off, cikgu Syameer akan berkongsi cerita. Cerita beliau sebagai GURU PEMULIHAN di Sekolah Kebangsaan Pengkalan Lobang, MUKAH, SARAWAK, menggunakan kaedah fonik gabung bunyi Bacalah Anakku untuk mengajar anak-anak kaum Iban. Bahasa ibunda mereka adalah bahasa Iban. Kesemua pelajar sekolah ini tinggal di asrama.
Menurut Cikgu Syameer budak-budak seronok belajar BUNYI dengan teknik asosiasi.
Ppppp … Main lawan pedang!
Uuuu … Ulat berjalan di atas dahan. Geli ke tu?
Tttt … Main tembak-tembak t t t! Sukanya murid-murid dapat pakai topeng transformers. Suka idea Cikgu Syameer eksploit minat murid-murid untuk tujuan belajar.
Untuk mengajar kanak-kanak membaca menggunakan konsep gabung bunyi, kami berkongsi idea carta poket mini semasa kursus . Inilah hasil dedikasi Cikgu Syameer.
Dengan carta poket mini, pelajar seronok membina suku kata dan perkataan mudah secara multi sensori.
Hasilnya? Pelajar cepat membaca tanpa perlu menghafal beratus-ratus pola ejaan.
Saya cukup teruja dengan Teaching Journey Cikgu Syameer Irsyan. Di sini saya kongsikan.
MAC 2014
JULAI – OGOS 2014
Ini pula di antara BBM Cikgu Syameer.
Ini BBM cawan Cikgu Syameer. Banyaaaak!
Di antara pelajar Tahun 1 Cikgu Syameer yang berjaya membaca dalam masa 3 bulan sahaja. Pelajar ini tidak pernah menghadiri pra sekolah dan diajar membaca pada waktu petang oleh beliau.
JANUARI 2015
Beruntung Cikgu Syameer kerana mendapat sokongan daripada PPD dan juga Guru Besar.
Tahun ini 2015, kesemua murid Tahun 1 SK Pengkalan Loban, Mukah, Sarawak, akan menggunakan Kaedah Fonik Gabung Bunyi untuk belajar membaca.
And if you do too, please SHARE HIS STORY with your friends and make DOA for his success.
By the way, sebelum saya terlupa, Cikgu Syameer dah berpunya ya. Isteri beliau yang manis, Pn Nurazean Abd Rahman, juga seorang guru di Kuching.
Please add another doa, semoga Cikgu Syameer dapat bersama dengan isterinya and live happily ever after, togeder-geder.
Aamiin.