Langkah paling penting setelah mengajar 1 bunyi adalah mengajar GABUNG BUNYI.

Objektif mengajar gabung bunyi adalah supaya kanak-kanak faham bahawa:
1.  Perkataan yang dituturkan terbina daripada bunyi-bunyi kecil ( words are made up of sounds ).
2. Apa yang ditulis adalah lambang pertuturan.
Sebagai contoh perkataan ‘ tangan’ terbina daripada bunyi-bunyi / t – a – ng – a – n /.
Terdapat 5 bunyi bila kita menyebut ‘tangan’
Seterusnya kita menghubung kaitkan simbol kepada setiap bunyi. 
Bunyi /t/  diwakili oleh simbol ‘t’, bunyi /a/ oleh simbol, ‘a’, bunyi /ng/’ diwakili oleh simbol ‘ng’ dan bunyi  /n/ diwakili oleh simbol ‘n’. 
 Di dalam Bacalah Anakku, untuk memudahkan pembelajaran, kanak-kanak diajar menggabung bunyi sukukata terbuka dahulu kerana susuk bahasa Melayu terbina daripada sukukata- sukukata.  
MENGAJAR GABUNG BUNYI  Buku 1 – 5 Bacalah Anakku:
AKTIVITI 1
Gabungan secara lisan ( Oral Blending )
Contoh Buku 1 
Objektif : Pelajar dapat menyebut gabungan 2 bunyi secara lisan ( aktiviti kesedaran fonemik )
Kandungan: bunyi /a i u n b /
BBM : Tiada ( suara sahaja )
Langkah:
1. Guru menunjuk cara. Guru menyebut /n/ ……. /a/ , n/ ….. /a/ , n/ … /a/ , jadi /na/. 
( Mula-mula sebut perlahan dan kemudian semakin cepat. )
Ulang 2x.

2. Guru meminta pelajar menyebut bersama guru ( peniruan secara lisan / verbal imitation ). 
Ulang 2x

3. Guru menyebut /n/ … /a/ , /n/ … /a/ , n/ … /a/ , jadi? (Pelajar menjawab /na/. )
Guru boleh membantu dengan menunjukkan mimik mulut sahaja. 
Ulang 2x

4. Praktikkan pengajaran & pembelajaran ( p & p ) whole- brain, KELAS AJAR – AJAR OK ( teknik terbaru ).

5. Ulangi Langkah 1 – 3 untuk / n … i /, / n … u /, / b/ … /a/ , / b / … /i/ , / b / … / u /.

Untuk lebih menyeronokkan ulang pengajaran di atas dalam bentuk pertandingan, beri markah / bintang. Beri ganjaran kepada kumpulan yang menang.
PERHATIAN: Setelah pelajar menguasai konsep GB secara lisan, guru tidak perlu mengulangi setiap langkah 2x.

AKTIVITI 2 
Gabungan kad 
Contoh Buku 1
Objektif: Pelajar dapat menggabung 2 bunyi kad huruf.
Kandungan: gabungan bunyi na ni nu ba bi bu
BBM : kad huruf n, b, a, i, u

Langkah:
1. GURU menyebut bunyi sambil menggerakkan kad huruf konsonan ( kanan ) dan kad huruf vokal ( kiri ) bagi membina gabungan 2 bunyi huruf.
     /n/ … /a/ , /n/ … /a/ ,  / na /
2. Guru mengulangi langkah sambil PELAJAR menyebut bunyi BERSAMA  GURU.
3. Guru mengulangi langkah sambil PELAJAR SAHAJA menyebut bunyi. Guru hanya menggerakkan kad.

4. Ulangi langkah 1 – 3 untuk gabungan ni dan nu.
5. Ulangi pengajaran GB na ni nu dalam bentuk permainan (Sila rujuk buku Permainan Kreatif ).
6. Beri pelajar aktiviti penulisan yang berkaitan (Sila rujuk buku Fonetik Ekspres 1 & 2 ).
7. Semak pelajar menggunakan Buku 1 Bacalah Anakku milik pelajar. Rekod pencapaian pelajar.

PERHATIAN: Adalah sangat penting pelajar memahami konsep GB menggunakan kad. Ulangi Langkah 5 supaya pelajar menguasai konsep ini. Kemahiran menggabung bunyi hanya dapat dicapai melalui pengulangan yang bermakna dan menyeronokkan.
Pengalaman mengajar kanak- kanak membaca dengan kaedah fonik gabung bunyi melebihi 20 tahun menyebabkan saya 100% yakin bahawa kanak-kanak yang telah menguasai konsep gabung bunyi akan menjadi pembaca dan penulis yang hebat ( expert readers and writers.) Mereka juga dapat mengeja dengan mudah ( good spellers ).
BERSAMBUNG – Aktiviti 3 LIHAT & BUAT, DENGAR & BUAT.

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *